Happy Wednesday everyone. Dah mula masak for lunch ke? Kak Zam pun tengah fikir nak masak apa harini. Kalau uolls ada menu-menu menarik bolehlah share ngan Kak Zam kat sini ok.
Harini Kak Zam rasa nak kongsi tips dan info tentang kosmetik yang ada di pasaran sekarang. Macam2 ..... ada yang murah, ada yang mahal, tepuk dada tanya selera. Tapi walau apa pun, kene pastikan keselamatan produk yang kita gunakan. Hati-hati jangan sampai terbeli produk yang ada bahan terlarang/bahan kimia. Kesian muka kita nanti.
So, uolls bolehlah consider tips-tips kat bawah ni ok :
- Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai dengan jenis kulit anda. Pastikan baca label informasi mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.
- Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan dari bahan semulajadi. So, carilah produk yang berasaskan bahan semulajadi seperti lidah buaya, Vitamin E, ginseng dan sebagainya.
- Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang anda alami.
- Kulit kering memerlukan formula yang dapat mengantikan minyak pada wajah. Jadi produk organik dan semulajadi menjadi pilihan tepat. Gunakan krim pada waktu malam untuk memberikan kelembapan pada kulit dan cuci wajah sehari dua kali (maksimum).
- Pemilik kulit berminyak biasanya bemasalah dengan jerawat. Atasi minyak berlebihan pada kulit wajah dengan menggunakan pembersih dan penyegar khusus kulit berminyak. Elak mengunakan pencuci muka jenis susu kerana ia akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis.
- Kulit kombinasi memang cukup sukar dijaga. Pilihlah produk kecantikan khusus untuk kulit kombinasi dan seminggu sekali gunakan mask wajah untuk menyerap minyak terutama di Zon T (dahi, hidung dan dagu).
- Elakkan memilih produk kecantikan yang menawarkan kesan baik dalam waktu singkat kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan muka untuk jangkasama panjang.
Ok dah... moh ler kita main masak-masak. Thank you for reading guys
No comments:
Post a Comment