Ok Kak Zam janji tadi nak share pasal penyakit gout kan. So, here we go.
Gout sebenarnya dikelaskan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutamanya pada kaki. Biasanya serangan gout hanya akan membabitkan satu sendi pada satu ketika.
Kalau uolls nak tau ayah Kak Zam dan penyakit gout dah jadi macam best friend. Kalau silap sikit je makan, maka datanglah gout dia. Kesian tengok dia kalau dah kene gout. Kaki mula bengkak, tak boleh tersentuh langsung. Eh, tapi betulkan masalah gout ni disebabkan pemakanan? Jom kita tambah pengetahuan tentang gout. Mana tau info ni boleh bantu orang yang kita sayang kan....
PUNCA GOUT
Penyakit gout terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan daripada badan.
Asid urik yang berlebihan menyebabkan pembentukan kristal berbentuk jarum pada sendi, iaitu punca sakit gout. Ia juga boleh terbentuk di bahagian lain, antaranya boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Asid urik biasanya akan mendap pada sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh terkumpul pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jejari tangan.
Pengumpulan asid ini boleh menyebabkan bonjolan kecil pada kulit, dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi menjadi terlalu besar dan boleh pecah serta mengeluarkan bahan seperti kapur.
Ketidakseimbangan asid urik ini kemungkinan disebabkan faktor keturunan, pengambilan makanan yang kaya protein secara berlebihan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang, pengambilan ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin. Kekurangan air di dalam tubuh yang serius boleh memburukkan keadaan.
SIMPTOM
Kesakitan di bahagian sendi ibu jari kaki berserta keradangan, merah dan bengkak yang terud adalah satu simptom gout yang utama. Bahagian yang bengkak tersebut dikenali sebagai Podagra, yang selalunya melibahtkan 90% kes gout.
Tempat lain yang selalu diserang gout adalah buku lali, pergelangan tangan, sendi jari dan juga lutut. Pada permulaan gout, ia akan menyerang 1-2 sendi sahaja. Serangan gout selalunya berlaku secara cepat dan ia menjadi semakin teruk pada 8 hingga 12 jam.
Sendi yang diserang gout selalunya berada dalam keadaan :
- Bengkak
- Merah
- Sakit
- Rasa panas di bahagian tersebut
- Pergerakan sendi yang terhad
RAWATAN
Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup. Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi maka ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini.
Ubat yang dipilih adalah berdasarkan kepada kesihatan semasa dan tahap keseriusan gout yang dialami. Walau bagaimanapun, amalan pemakanan yang betul mampu membuat perubahan kecil dalam mengurangkan plasma asid urik. Berusahalah membuat perubahan melalui diet pemakanan yang rendah protein.
Elakkan makanan tinggi purin yang berasal daripada sumber protein. Hadkan pengambilan sardin dan ikan bilis. Pengambilan daging hendaklah dihadkan kepada satu hidangan sehari dan jangan makan organ dalaman seperti hati, paru, limpa dan otak. Sayuran seperti asparagus, kekacang, pis, cendawan, bunga kobis dan bayam boleh diambil secara berhemah.
Banyakkan minum air kosong, kerana ini dapat membantu penyingkiran asid urik.
FFuuuuhhhhh ngeri juga ya kalau terkena gout. Kalau tengok ayah Kak Zam mengerang bila kena gout memang kesian la. Kak Zam pun masih tercari-cari alternatif lain selain dari ubat hospital untuk ayah Kak Zam. Maybe supplement atau minuman kesihatan secara tradisional ke..... Nanti kalau dah ada yang boleh dipercayai, Kak Zam akan share kat sini ya.
Ok lah, sambil menaip ni hujan dah turun lebat kat rumah ni. Bestnya kalau hujan2 ni makan goreng pisang panas dengan teh tarik kan hhhhmmmm dapnya .... hahahaha ok la. Jumpa next entry ya..
xoxo