Friday, 26 January 2018

GOUT









Ok Kak Zam janji tadi nak share pasal penyakit gout kan.  So, here we go.

Gout sebenarnya dikelaskan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutamanya pada kaki.  Biasanya serangan gout hanya akan membabitkan satu sendi pada satu ketika.

Kalau uolls nak tau ayah Kak Zam dan penyakit gout dah jadi macam best friend. Kalau silap sikit je makan, maka datanglah gout dia.  Kesian tengok dia kalau dah kene gout.  Kaki mula bengkak, tak boleh tersentuh langsung.  Eh, tapi betulkan masalah gout ni disebabkan pemakanan?  Jom kita tambah pengetahuan tentang gout. Mana tau info ni boleh bantu orang yang kita sayang kan....


PUNCA GOUT

Penyakit gout terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan daripada badan.

Asid urik yang berlebihan menyebabkan pembentukan kristal berbentuk jarum pada sendi, iaitu punca sakit gout.  Ia juga boleh terbentuk di bahagian lain, antaranya boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Asid urik biasanya akan mendap pada sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh terkumpul pada sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jejari tangan. 



Pengumpulan asid ini boleh menyebabkan bonjolan kecil pada kulit, dipanggil tophi.  Pada keadaan yang lebih serius, tophi menjadi terlalu besar dan boleh pecah serta mengeluarkan bahan seperti kapur.

Ketidakseimbangan asid urik ini kemungkinan disebabkan faktor keturunan, pengambilan makanan yang kaya protein secara berlebihan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang, pengambilan ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin.  Kekurangan air di dalam tubuh yang serius boleh memburukkan keadaan.



SIMPTOM











Kesakitan di bahagian sendi ibu jari kaki berserta keradangan, merah dan bengkak yang terud adalah satu simptom gout yang utama.  Bahagian yang bengkak tersebut dikenali sebagai Podagra, yang selalunya melibahtkan 90% kes gout.

Tempat lain yang selalu diserang gout adalah buku lali, pergelangan tangan, sendi jari dan juga lutut.  Pada permulaan gout, ia akan menyerang 1-2 sendi sahaja.  Serangan gout selalunya berlaku secara cepat dan ia menjadi semakin teruk pada 8 hingga 12 jam.

Sendi yang diserang gout selalunya berada dalam keadaan : 
  1. Bengkak
  2. Merah
  3. Sakit 
  4. Rasa panas di bahagian tersebut
  5. Pergerakan sendi yang terhad



RAWATAN


Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan perubahan gaya hidup.  Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi maka ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini.

Ubat yang dipilih adalah berdasarkan kepada kesihatan semasa dan tahap keseriusan gout yang dialami.  Walau bagaimanapun, amalan pemakanan yang betul mampu membuat perubahan kecil dalam mengurangkan plasma asid urik.  Berusahalah membuat perubahan melalui diet pemakanan yang rendah protein.

Elakkan makanan tinggi purin yang berasal daripada sumber protein.  Hadkan pengambilan sardin dan ikan bilis.  Pengambilan daging hendaklah dihadkan kepada satu hidangan sehari dan jangan makan organ dalaman seperti hati, paru, limpa dan otak.  Sayuran seperti asparagus, kekacang, pis, cendawan, bunga kobis dan bayam boleh diambil secara berhemah.

Banyakkan minum air kosong, kerana ini dapat membantu penyingkiran asid urik. 

FFuuuuhhhhh ngeri juga ya kalau terkena gout.  Kalau tengok ayah Kak Zam mengerang bila kena gout memang kesian la.  Kak Zam pun masih tercari-cari alternatif lain selain dari ubat hospital untuk ayah Kak Zam.  Maybe supplement atau minuman kesihatan secara tradisional ke..... Nanti kalau dah ada yang boleh dipercayai, Kak Zam akan share kat sini ya.

Ok lah, sambil menaip ni hujan dah turun lebat kat rumah ni.  Bestnya kalau hujan2 ni makan goreng pisang panas dengan teh tarik kan hhhhmmmm dapnya .... hahahaha ok la. Jumpa next entry ya..


xoxo

Thursday, 25 January 2018

THE BEST LAKSA & CENDOL IN BANGI

Assalamualaikum semua.  Happy Fridayyyy.  Rasa kejap je masa sekarang.  Baru last Saturday hantar anak kelas tambahan, tup tup esok dah Saturday balik.  Oh yes, starting from last Saturday, maka bermulalah episod menghantar dan menjemput anak dari kelas tambahan for UPSR.  Pejam celik-pejam celik dah nak masuk 12 tahun dah anak bujang Kak Zam. My one and only Izz bin Hamizan. 

Ni cerita throwback last Saturday, 20 Jan 2018.  Kelas start pukul 8 am - 12.30 pm.  Balik kelas dah lemau dah Izz, dalam kereta nak balik rumah Tok Mak & Tok Bak sempat lagi dia lena.  Izz kalau dah lena pastu dikejut memang akan bad mood je lah.

Kak Zam & Mr. Husband pulak kalau dah sampai Bangi wajib singgah Tasik Cempaka.  Mesti nak pekena laksa ngan cendol dulu kat sini.



Nampak tak kelicinan mangkuk itew.  Laksa + Cendol tengah panas memang superb




Izz bad mood sebab tengah syok tido kene kejut makan laksa hehehe




So, Kak Zam memang rekomen kedai ni. Namanya Rimbun Redup, dekat Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.  Sebelah dengan perpustakaan, berdepan dengan Pejabat Daerah.  Servis bagus. Tak payah tunggu lama.  Tapi kalau ada yang tak nak makan laksa, kat sini ada juga bihun sup, kuih muih, roti dan air lain selain cendol.  Cuba sekali mesti nak lagi.....

Ok guys... jumpa lagi. Nak siap2 ni amik Izz balik sekolah.

Tunggu next entry ya.... nak citer pasal gout.   Kenapa gout? Haaaa sebab ayah dan abg ipar Kak Zam mengidap gout ni.  Teruk juga lah kalau kene.  So nanti Kak Zam share apa punca gout ok.

xoxo


Tuesday, 16 January 2018

TIPS MEMILIH PRODUK KECANTIKAN




Happy Wednesday everyone.  Dah mula masak for lunch ke?  Kak Zam pun tengah fikir nak masak apa harini.  Kalau uolls ada menu-menu menarik bolehlah share ngan Kak Zam kat sini ok.

Harini Kak Zam rasa nak kongsi tips dan info tentang kosmetik yang ada di pasaran sekarang.  Macam2 ..... ada yang murah, ada yang mahal, tepuk dada tanya selera.  Tapi walau apa pun, kene pastikan keselamatan produk yang kita gunakan.  Hati-hati jangan sampai terbeli produk yang ada bahan terlarang/bahan kimia.  Kesian muka kita nanti.  

So, uolls bolehlah consider tips-tips kat bawah ni ok :


  • Ketahui kandungan produk kecantikan dan adakah ia sesuai dengan jenis kulit anda.  Pastikan baca label informasi mengenai bahan produk itu sebelum membelinya.

  • Produk kecantikan wajah terbaik dihasilkan dari bahan semulajadi.  So, carilah produk yang berasaskan bahan semulajadi seperti lidah buaya, Vitamin E, ginseng dan sebagainya.

  • Sesuaikan produk kecantikan dengan masalah kulit yang sedang anda alami.

  • Kulit kering memerlukan formula yang dapat mengantikan minyak pada wajah.  Jadi produk organik dan semulajadi menjadi pilihan tepat.  Gunakan krim pada waktu malam untuk memberikan kelembapan pada kulit dan cuci wajah sehari dua kali (maksimum).

  • Pemilik kulit berminyak biasanya bemasalah dengan jerawat.  Atasi minyak berlebihan pada kulit wajah dengan menggunakan pembersih dan penyegar khusus kulit berminyak.  Elak mengunakan pencuci muka jenis susu kerana ia akan meningkatkan penghasilan minyak pada lapisan dermis.

  • Kulit kombinasi memang cukup sukar dijaga.  Pilihlah produk kecantikan khusus untuk kulit kombinasi dan seminggu sekali gunakan mask wajah untuk menyerap minyak terutama di Zon T (dahi, hidung dan dagu).

  • Elakkan memilih produk kecantikan yang menawarkan kesan baik dalam waktu singkat kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan muka untuk jangkasama panjang.


Ok dah... moh ler kita main masak-masak.  Thank you for reading guys





Monday, 15 January 2018

KENALI STRUKTUR KULIT





APAKAH ITU STRUKTUR KULIT









Ok, entry kali ni Kak Zam nak share tentang struktur kulit kita.  Kulit kita terbentuk daripada 3 lapisan :
  • Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
  • Lapisan kedua dipanggil dermis :
          =  Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
          =  Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyubuhkan epidermis
          =  Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh.
              Kelenjar minyak menghasilka sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
  • Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues
Ok, sekarang uolls dah kenal lapisan kulit.  Kalau kita tengoi, kulit kita ni tidaklah tebal sangat kan.  Jadi elakkkanlah guna skincare yang boleh menipiskan kulit muka kita.  Produk yang ada pengelupasan tu eloklah dielakkan. Sooooo kene hati-hati dalam memilih skincare.  Pastikan tiada mengandungi bahan kimia seperti merkuri dan sebagainya kerana kesannya sangat merbahaya kepada kulit dan mengundang jeragat lebih awal dari masanya.

Kalau kita tengok gambar di atas, lapisan ketiga kulit kita adalah terdiri dari sel-sel lemak.  Uolls tau tak bahawa lemak di bawah lapisan kulit muka kita ni boleh cari melalui facial gabungan produk UPII dan Eternal Beauty dari Elysyle Beauty dan sekali gus boleh membentuk wajah untuk lebih runcing.   Nak tau lebih lanjut tentang produk yang berasal dari Jepun dan Korea ni, boleh tengok di entry Kak Zam yang lepas ok.  

Kalau berminat untuk cuba facial paling hot abad ini, bolehlah wasap Kak Zam 017-3690091 untuk appointment

KELEBIHAN VITAMIN C






Good morning......

Harini nak cerita pulak pasal Vitamin C yang sangat sinonim dengan kecantikan kulit kan.  Mesti ramai wanita di luar sana yang dah lama mengamalkan pegambilan Vitamin C.

Sebenarnya Vitamin C ni bukan spesifik untuk kecantikan kulit sahaja tau, tapi sebenarnya ada banyak lagi kelebihan Vitamin C untuk manfaat kesihatan tubuh kita.

Jom Kak Zam kongsikan kat sini, hasil bacaan Kak Zam :

  1. Membantu dalam pembentukan kolagen
  2. Bertindak sebagai antihistamine semulajadi
  3. Penawar semulajadi bagi masalah kulit
  4. Membanu dalam menyembuhkan luka
  5. Melindungi dari penyakit yang disebabkan oleh tekanan (stress)
  6. Membantu menurunkan paras kolestrol
  7. Melancarkan peredaran darah
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  9. Mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetis
  10. Membantu dalam merawat kanser
  11. Membantu mengurangkan masalah pernafasan
  12. Mengurangkan simptom asma
  13. Membantu dalam mengurangkan simptom arthritis
  14. Mengurangkan risiko katarak
  15. Membantu merawat penyakit tibi

 

Sunday, 14 January 2018

KENAPA PERLU FACIAL ?


Hello dearies.  Entry hari ni, Kak  Zam nak ajak kesayangan semua tengok sebab-sebab kenapa kita perlu facial sekurang-kurangnya sebulan sekali.








Facial juga bantu untuk membuang kulit/sel mati yang ada di muka kita.Tapi kenalah pastikan produk yang digunakan untuk facial haruslah yang selamat dan bebas dari bahan kima.  Mungkin kita tak nampak apa kesannya kalau gunakan produk yang mengandungi bahan kimia ni.  Tapi sebenarnya kesannya adalah untuk jangkamasa panjang.. Contohnya kalau ibu mengandung gunakan produk yang ada bahan kimia, ia akan memberi kesan kepada kandungan, terdedah kepada kanser kulit, mempercepatkan pembentukan jeragat dan macam2 lagi.  So, tolonglah pastikan apa yang anda letak di muka anda ya.  Semak dahulu kandungannya dan statusnya di KKM.

Love your skin, love your health








Monday, 9 October 2017

Pakage yang kami tawarkan bukan sekadar produk sahaja, ia juga adalah merangkumi pakage penuh untuk anda menjadi beauty consultant dan bantuan berterusan untuk anda menjadi seorang usahawan yang berjaya.

"Mulakan Perniagaan Anda Dahulu Dan Bayar Kemudian" dengan bayaran bulanan yang sangat minimal.

Percayalah bahawa bidang kecantikan ini adalah bidang yang terbaik untuk anda memulakan langkah usahawan anda.


KENAPA MOBILE SPA?

Mobile Spa merupakan satu trend bisnes yang paling ringkas dan mudah bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan tanpa modal yang...